Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah

Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah
Pilihan-Mu Adalah Yang Terbaik :')

Ahad, 1 September 2013

Dimana Walid :'(

Jijik, benci dan jika diberi kekuatan,
Mahu sahaja aku meludah ke arah si Hitam ini .
"Jika Kau Digelar Islam, mengaku Allah itu,
Jangan berani tenung wajahku. Aku menjaga auratku
dan kau perlu Menghormati Auratku juga.
Jika dahulu aku Menghormati sebagai penjaga negara
tetapi kini kau selayaknya ku Pandang seperti Anjing!"
kata Sarah Muhammad Ali Muhammad Ibrahim, Ke arah
seorang anggota tentera di luar perkarangan hospital berhampiran
Dataran Ramsis.
bagi memenuhi Amanah ibunya, dia bersama akhun kabir abang
yang sulung Umar, kawan walid Dr Ahmad dan seorang sahabat Rasya
pergi menggadai nyawa untuk mencari walidnya.
Disebabkan bilangan kematian mencrcah ratusan nyawa mereka
berpecah untuk mencari mayat walid dari masjid ke hospital hinggalah
di tepi-tepi jalan.
Tiada istilah penat. Setiap kali terpandang wajah cengil Askar atau Polis,
setiap kali itu lah dia berasa ingin menunjal kepala meraka.
Dendam kesumatnya membuak, gelora kemarahan bagaikan api menyala.
Ahhhhh, betapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati apabila
terhidu bau mayat.
Dia berseorangan terpaksa membelek setiap satu tubuh kaku itu dan cuba
untuk mengenal pasti tanpa pertolongan sesiapa.Sara kemudiannya menelefon
antara satu sama lain, manalah tahu kalau-kalau pencarian dari selepas solat Subuh
berhasil.
"Helo Dr Ahmad. awak sudah jumpa walid?"
"Belum lagi, awak?"
"Belum, ok bye"
"Hello sarah,awak sudah jumpa?"
panggilan dari Umar.
"Belum wahai Umar," jawabnya.
"Awak dah tengok elok-elok?"
"Ya,saya sudah teliti dan belek setiap satu,"kata sarah hiba.
"Awak pasti wahai ukhtun saghirah?"Tanya Umar.
"Ya!" Ukhtun saghirah adalah gelaran adik perempuan yang sering
dipanggil untuk adik kesayangannya itu.
"Ok,kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang,
dan saya juga akan cari sekali lagi,"pinta Umar.
"Baiklah ya Umar,"jawabnya dalam esakan kecil.
Kemudian selepas beberapa minit mereka bercakap di telefon,
sekali lagi Umar menhubunginya.
"Sarah,awak sudah jumpa ke belum?"
     "Belum lagi..."
"Ok,berdekatan awak ada tak mayat rentung?"
"Ya!"
"Baik,awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang
milik si mati yang boleh menentukan identity walid."
"Baik."
Selepas beberapa minit Umar mendekati Sarah dengan tubuhnya dibasahi peluh.
"Umar,mana beg walid yang ada kesan darah tu?"
"Saya dah bawak balik ke rumah,"jawab Umar.
"Ok ,letak dalam plastik an ikat elok-elok,"pinta Sarah.
"Untuk apa wahai ukhtun saghira?"Tanya Umar dengan keliru.
"Sebab ada empat mayat renting sepenuhnya dan tanpa identity.
Hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA.
Saksi mengatakan walid berada di satu lokasi kebakaran,"jelas Sarah.
"Baiklah wahai Sarah,tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya
selepas sebulan?Kita nak cakap apa pada ummi?
Ummi mesti tidak dapat mengawal dirinya..."kata Umar dengan wajah berkerut.
"Kita terpaksa berbohong.Awak fikirkan alas an yang sesuai untuk bercakap dengannya,"
kata Sarah.
"Ayuh kita pulang,pencarian hari ini gagal,"sapa Dr Ahmad.
Sepanjang tiga hari ,keluarga Sarah hanya berbual tentang kematian,jenazah,
mangsa cedera dan mangsa terbakar.
Hati mereka perit kerana seumur hidup,mereka tidak pernah terbayang
untuk berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah.
Empat hari kemudian...
Mendengar laporan media,di anggarkan lebih 600 jenazah terbujur kaku
dengan dipenuhi darah,manakala 40 jenazah yang lain digambarkan dalam keadaan
rentung.
Sekali lagi Sarah dan Umar pergi ke rumah-rumah mayat di hospital.
Meneliti dan memeriksa wajah jenazah,manalah tahu mungkin itu mayat walid.
Bau jenazah menyelubungi persekitaran mereka dan melekat ke baju.
Setiap mayat itu dibuka satu persatu,didekatkan muka pada setiap wajah.
Ketika itu hilang rasa sedih dan hanya merasakan kelegaan sekiranya mayat walid
ditemui.
Tudung dipakai lencun dengan percikan darah dan peluh.Tiada lagi jijik atau bau hanyir...
yang ada cuma DIMANA WALID????
"Walid...dimana walid?? Aku mahu walid.."Sarah merayu sedirian ketika mencari walidnya.
Pencarian itu juga disusuli dengan tembakan sejak keluar dari rumahnya pagi itu.
Selepas kami hamper putus harapan,Sarah menerima panggilan telefon daripada
individu tidak dikenali dan mengatakan jenazah walid telah di buang dari
kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat di Ramsis.
Dia berlari dicelah ratusan penyokong.Ditolaknya sesiapa sahaja yang cuba menghalang
laluannya itu.Air mata mengalir deras membasahi wajah mulus yang tersembunyi
di sebalik sutera hijab.
Pencarian lebih 48 jam itu akhirnya berhasil.Bungkusan tikar di tepi jalan berdekatan
Masjid Al-Fath dibuka perlahan.Dengan tergamam wajah mayat itu ditatap,
dibelek satu persatu.
Dan sah!!! Itulah walid, ayahnya.
Satu peluru menembusi lehernya dan satu lagi menembusi pipi hingga ke belakang telinga.
Hanyir mayat kini bagaikan harum kasturi buatnya.Dia bersyukur menemui jenazah walid
walaupun dalam keadaan menyayat hati dan pertemuan mayat rentung itu bagaikan
walidnya dalam keadaan hidup.
"Aku redha walid menemui syahid,moga Allah menempatkan walid dalam golongan syuhada!"

Al-Fatihah....

::Berdasarkan cerita dari Sarah Muhammad Ali Muhammad Ibrahim.
(anak mangsa)::
::Sekian sahaja kisah menyayat hati yang ana telah pun kongsikan pada semua...
saat ana membaca kisah ini .. hampir mengalirkan air mata ..
kerana kisah ini sangat menunjukn segalanya sanggup dilakukan ,demi kasih sayang dn cintanya mereka antara satu sama lain ..:))
 
#PrayForThem ..
Moga mereka sentiasa didalam pemeliharaan Allah ..
ameeennn !!!