Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah

Hidup Dan Matiku Hanya Untuk Allah
Pilihan-Mu Adalah Yang Terbaik :')

Jumaat, 27 September 2013

Unic-Jalan Pulangku ..:')

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Adik Qiswah Shaheedah Azzahra.. Cute Mute !





Budak yang comel ni Qiswah nama dia ..
ana selalu jaga n kawan dengan dia dari dia kecik sampai lah besar..
tapi,,
tu dulu lha masa ana blaja dekat pondok An-nuur :')
Rinduuuuuu ....... dekat dia ..:'(


                   yang ni pic masa dia kecik .. hihi Comel >_< Bulat muka dia ..
                                                   Gwiyomi ,, huhu geram ^_^  ..
                             besar dah deqwah sekarang , then dah kena panggil kak qis ..
                       Tapi, ana always lg panggil dia Deqwah .. sebab dia adik ana yang commel.
                                          Kakak Sayang Deqwah.. Jangan Lupakan Kak Ara Tau !
                                                              hehehe ^_^

"AdaSafAra" UkhuwahFillah !

Ini Pulak Sahabat "AdaSafAra" hihi
ni Snap pic time jadi Fasi di Kem Pemantapan Diri
bulan lepas Di Lembah Azwen , Hulu Langat ..
hihi ..:D agak lawak pic nih ..

                         






  ^_^ Pic yang ni minggu prtama Kem..
yang ini pulak time Kem Minggu Kedua ..hihi
 
Sahabat ku ,,
  ANA MUSYTAQ ILAIKI JAYYIDAN !!

Masih Mekar Kenangan Indah !!

Yang nih Pulak pic dengan adik-adik Kem bulan Lepas ..
huhu sedih nak snap pic dgn adik-adik Group dah tak sempat ..
dengan budak dua nih jelaa yg sempat ..
adik-adik yang manis ^_^ hehe..

                                    ^_^ Hari Terakhir Bersama adik-adik >_< Rinduuu....
                                                    Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah !
                                         Moga Pertemuan Kita Diredhai Allah .. Ameenn :)
                                                 semoga bertemu lagi Insya'Allah ..... >_<

Dia Sahabat Ana Sepanjang Ana Di Pondok An-nuur ..:))

Assalamualaikum w.b.t..
maaf terlebih dahulu ,sebab ana tak pernah pn cerita apa-apa tentang kisah ana dalam blog :)
maklumlah baru belajar cipta Blog ..
Hari ni ana nk cerita tentang seorang sahabat ana yg Baik sangat ..
Nama dia Mu'minatul Hassanah Bt Mokhtar ..
Panggil Aina :)
Dia anak UstazMokhtar Pentadbir Pondok ..
Masa First ana masuk sekolah Pondok An-nuur thun 2008 ,
kebetulan aina sama umur pulak dgn ana ,tu yg senang sangat rapat ..hihi
Aina Baik , Peramah , Suka share something yg Best ..
masa ana masuk pondok aina blaja dkt sekolah rendah ,yelaa darjah 6
mesti lhaa sekola lagi .Bila balik sekolah je aina mesti datang asrama borak-borak dgn ana ..
SubhanAllah Indahnya Saat Allah menghadirkan Sahabat yg Baik pada kita kan ?
Terlalu banyak kenangan yang kami cipta .. nak cerita semua pn tak sanggup kot ..
huhu kalau nak tahu panjang lebar kisah hidup kami bersama ..
Dulu masa fisrt kenal aina ,dia ada Sakit pinggang ..teruk lha jugak ..
sampai nak kena opration .. sedih sangat time tuh ..dalam hati tak berhenti-henti berdoa pada Allah
moga Aina diberi kesembuhan dn segalanya berjalan dgn lancar ..
Masa Hari aina nk opration .. Ya Allah .. nak buat apa-apa semua teringat dekat aina ,,
ana berdoa terus berdoa tanpa henti .. malam-malam nak tido mesti menangis ,
punya lah risau dekat Sahabat sorang ni :'(..
Dekat pondok pn kami semua diminta solat hajat ..
dalam hajat ana .. "Ya Allah , Hanya PadaMu ku serahkan semua ..kerana Hanya Kau yang Maha Berkuasa ku Mohon Selamatkn lah Sahabatku dn Kau permudahkan lah Urusan mereka yang membantunya .." sambil dalam hati merintih kesedihan ana memohon pada Allah .

Dan Akhirnya .. Alhamdulillah .. Bersyukur tak terhingga PadaMu Ya Allah ..
kerana dah Selamatkan Sahabat ku ini ..:')
terukir lah senyuman di wajah ana yg sebelumnya hanya terukir dari kesedihan yang tak terlihat
(senyuman bohong) ..hihi pandai-pandai je reka ayat.

Dalam kebahagian bersahabat Pasti akan ada rintangan Ujian dari Allah yang hadir kan ?
hehe kisah kami pn ada kenangan pahitnya ..
Persahabatan Kami pernah Retak .. akibat perkara kecil je ..
tu lah Kenangan paling Pahit yang sukar dilupakan ..
Time tu jugak lha Aina dh mengajar ana..betapa berharganya Nilai persahabatan itu ..
Syukran aina ..:)
Alhamdulillah retak tu hanya sementara ,
mugkin Kerana kekuatan persahabatan itu Kerana Allah.

Sekarang kami dah Berjauhan ..
Ana hanya Mampu kirim Doa dn Rindu ana pada aina Melalui Allah S.W.T ..
Hanya dia yang Berkuasa dn Menyampaikan segalanya pd Aina :')

Rinduu sangat berukhuwah dengan aina ..
rinduu gelak sama,nanges sama,gurau sama dn semua nya bersama ..

Tapi .. apa bole buat kuasa Allah yang menentukan segalanya ..
yang ku Mampu hanya Berdoa PadaNya :)

Moga Aina Berjaya Dunia dn Akhirat..
Ukhuwah Ilal Jannah !
Insya'Allah ... Ameenn..
Fi Hifzillah Sahabatku ..

"ANA MUSYTAQ ILAIKI JAYYIDAN LILLAHI TA'ALA"
"ANA UHIBBUKIFILLAH YA SODIQATI"
"UKHUWAHFILLAH"

*Moga Ukhuwah kita diRedhai Allah ..^_^

 

เราจะเป็นเพื่อนกันตลอดไป
รักเเละคิดถึงเพราะพระองค์
ขอให้เราเป็นเพื่อนกันตลอดไป ..
 
 
 
Eh! takpe lha da cukup lebar dah kisah ana dgn aina nih .. huhu
nanti letih pulak sahabat-sahabat nak baca.. hihi
ok ana akhiri kisah ana dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah :)


assalammualaikum :)
                       ^_^ Kaulah Sahabatku ,,Cinta Kasihku PadaMu Hanya Kerana Allah !


Khamis, 26 September 2013

"Untuk Seorang Sahabat :')"

Helaian demi helaian buku itu diselak. Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna hijau jatuh dari salah satu helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan muka sampul itu “UNTUK SEORANG SAHABAT”. Hati tertanya-tanya siapa empunya surat itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat di dalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas putih itu…
****************************************************
“UNTUK SEORANG SAHABAT”
Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.
Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….
Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…
Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.
***********************************************
Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada di dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membacanya isi surat ini. Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.
 
Copy Paste cerita ni ..>_<

Rabu, 25 September 2013

T-Shirt Ukhuwah ..

Baju Muslimah Ukhuwah yg dah tercantum..
Cantik kan .. hihi :) t ramai-ramai lhaa pakat beli ..
sesuai juga bila dijadikan present ..

Ukhuwah Ilal Jannah .. Insya'Allah ..

Moga sahabat-sahabat ku sentiasa didalam Pemeliharaan Allah ..
ameenn !!

Isnin, 23 September 2013

EmBun HidaYah ..

Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa
...
Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH

#EmbunHidayah

Sahabat.. Jangan Lupa Bertanya Tentang Ku Nanti.. Jika Aku Tiada Di Syurga :')

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang be...rsama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA

Persahabatan Yang Indah Bukan Hanya Dari Perkataan "BFF"..

Persahabatan Yang Indah itu bukan Hanya dengan Perkataan "BFF"..
Tapi Dengan Ketulusan Hati seseorang dlm Bersahabat Kerana Allah ..

Kalau setakat ckp "Kita BFF selamanya"..
itu belum cukup terbukti Bersahabat berpanjangan kerana Allah .
Bila Berkata biar Terbukti ..
Sahabat susah senang bersama ..
bukan bila senang Bersama,
bila susah sendiri ..
Dan Sahabat yg sebenar .. ...
Tak kn Menyakiti Hati Sahabat yang Lain ..
Baru Lha jadi sebuah Persahabatan yg Indah Kerana Allah ..
Dan sangat Berharga Buat Diri seseorang itu dlm Bersahabat :')

Sahabat dn Kawan sangat Berbeza ..

::pesanan buat diri sendiri n mereka yang bergelar sahabat .. :')::
*Asiff ! bukan untuk menyakiti hati sesiapa tapi utk kesedaran diri sendiri yang Ingin memiliki sebuah persahabatan yang Indah kerana Allah :')

#MuhasabahIman!!
#HargaiSebuahPersahabatan..

P/S: Syukran Pada Sahabat-Sahabat yang sudi bersahabat denganku, susah senang bersama dn Insya'Allah Berpanjangan kerana Allah ..
Amiinnn ...

Jumaat, 20 September 2013

Muhasabah Iman Kita :')

Dibibir Mengatakan Cinta..
Dihati Pula Berdusta..

Itulah Kita ..
Manusia yang Selalu hanya berkata ,
Tapi dihati Tetap Berdusta dengan apa yang Dikatakan ..
Allahu Rabbi ..
Nabi Sentiasa ingat dekat Kita ,,
Tapi Kita ??
Tak Hargai dengan Sebaik Mungkin !!
Dialah Insan yang Banyak Berjasa ..
Bersyukurlah !

Hargailah ..
tak susah untuk kita Selawat sebanyak mungkin untuk Nabi kita..

Sampaikan Saat Malaikat Ingin Mencabut Nyawa Nabi..
Nabi tersangat risaukan Kita..

Memang Kejam lha Kita ..
Bila tak Hargai Apa yg Nabi dah Buat untuk kita..

#MuhasabahIman!!

Sayangi Nabi Kita !!
Jangan Hina Nabi Kita !!

#WeLoveAllahWeLoveMuhammadWeLoveJihad!!
Insya'Allah ..

Khamis, 19 September 2013

Ukhuwah Ilal Jannah !! Insya'Allah :')

Ukhuwah !!
Bila bercerita tentang ukhuwah ..
Rindu pula dekat Sahabat-Sahabat yang ku sayangi..
Allah, tersangat indah bila berukhuwah ,
lagi Indah bila segalanya kerana Allah :))

Moga Ukhuwah Sentiasa Berkekalan Ilal Jannah Insya'Allah !
Fi Hifzillah !
Sahabat-sahabatku tersayang :')

Bertemu Berpisah Kerana Allah ..


Sahabat dalam kabur,
tercari-cari cahaya..
akhirnya ku temui ,
sinar ceria diraut wajahmu...

Andainya alam ini mampu berkata-kata ..
pastilah pujian buat dirimu,
di waktu itu ,aku lah yang bertuah..
punya sahabat sepertimu...

dah itu je yang ingat .. hee :)

Ahad, 1 September 2013

Dimana Walid :'(

Jijik, benci dan jika diberi kekuatan,
Mahu sahaja aku meludah ke arah si Hitam ini .
"Jika Kau Digelar Islam, mengaku Allah itu,
Jangan berani tenung wajahku. Aku menjaga auratku
dan kau perlu Menghormati Auratku juga.
Jika dahulu aku Menghormati sebagai penjaga negara
tetapi kini kau selayaknya ku Pandang seperti Anjing!"
kata Sarah Muhammad Ali Muhammad Ibrahim, Ke arah
seorang anggota tentera di luar perkarangan hospital berhampiran
Dataran Ramsis.
bagi memenuhi Amanah ibunya, dia bersama akhun kabir abang
yang sulung Umar, kawan walid Dr Ahmad dan seorang sahabat Rasya
pergi menggadai nyawa untuk mencari walidnya.
Disebabkan bilangan kematian mencrcah ratusan nyawa mereka
berpecah untuk mencari mayat walid dari masjid ke hospital hinggalah
di tepi-tepi jalan.
Tiada istilah penat. Setiap kali terpandang wajah cengil Askar atau Polis,
setiap kali itu lah dia berasa ingin menunjal kepala meraka.
Dendam kesumatnya membuak, gelora kemarahan bagaikan api menyala.
Ahhhhh, betapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati apabila
terhidu bau mayat.
Dia berseorangan terpaksa membelek setiap satu tubuh kaku itu dan cuba
untuk mengenal pasti tanpa pertolongan sesiapa.Sara kemudiannya menelefon
antara satu sama lain, manalah tahu kalau-kalau pencarian dari selepas solat Subuh
berhasil.
"Helo Dr Ahmad. awak sudah jumpa walid?"
"Belum lagi, awak?"
"Belum, ok bye"
"Hello sarah,awak sudah jumpa?"
panggilan dari Umar.
"Belum wahai Umar," jawabnya.
"Awak dah tengok elok-elok?"
"Ya,saya sudah teliti dan belek setiap satu,"kata sarah hiba.
"Awak pasti wahai ukhtun saghirah?"Tanya Umar.
"Ya!" Ukhtun saghirah adalah gelaran adik perempuan yang sering
dipanggil untuk adik kesayangannya itu.
"Ok,kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang,
dan saya juga akan cari sekali lagi,"pinta Umar.
"Baiklah ya Umar,"jawabnya dalam esakan kecil.
Kemudian selepas beberapa minit mereka bercakap di telefon,
sekali lagi Umar menhubunginya.
"Sarah,awak sudah jumpa ke belum?"
     "Belum lagi..."
"Ok,berdekatan awak ada tak mayat rentung?"
"Ya!"
"Baik,awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang
milik si mati yang boleh menentukan identity walid."
"Baik."
Selepas beberapa minit Umar mendekati Sarah dengan tubuhnya dibasahi peluh.
"Umar,mana beg walid yang ada kesan darah tu?"
"Saya dah bawak balik ke rumah,"jawab Umar.
"Ok ,letak dalam plastik an ikat elok-elok,"pinta Sarah.
"Untuk apa wahai ukhtun saghira?"Tanya Umar dengan keliru.
"Sebab ada empat mayat renting sepenuhnya dan tanpa identity.
Hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA.
Saksi mengatakan walid berada di satu lokasi kebakaran,"jelas Sarah.
"Baiklah wahai Sarah,tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya
selepas sebulan?Kita nak cakap apa pada ummi?
Ummi mesti tidak dapat mengawal dirinya..."kata Umar dengan wajah berkerut.
"Kita terpaksa berbohong.Awak fikirkan alas an yang sesuai untuk bercakap dengannya,"
kata Sarah.
"Ayuh kita pulang,pencarian hari ini gagal,"sapa Dr Ahmad.
Sepanjang tiga hari ,keluarga Sarah hanya berbual tentang kematian,jenazah,
mangsa cedera dan mangsa terbakar.
Hati mereka perit kerana seumur hidup,mereka tidak pernah terbayang
untuk berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah.
Empat hari kemudian...
Mendengar laporan media,di anggarkan lebih 600 jenazah terbujur kaku
dengan dipenuhi darah,manakala 40 jenazah yang lain digambarkan dalam keadaan
rentung.
Sekali lagi Sarah dan Umar pergi ke rumah-rumah mayat di hospital.
Meneliti dan memeriksa wajah jenazah,manalah tahu mungkin itu mayat walid.
Bau jenazah menyelubungi persekitaran mereka dan melekat ke baju.
Setiap mayat itu dibuka satu persatu,didekatkan muka pada setiap wajah.
Ketika itu hilang rasa sedih dan hanya merasakan kelegaan sekiranya mayat walid
ditemui.
Tudung dipakai lencun dengan percikan darah dan peluh.Tiada lagi jijik atau bau hanyir...
yang ada cuma DIMANA WALID????
"Walid...dimana walid?? Aku mahu walid.."Sarah merayu sedirian ketika mencari walidnya.
Pencarian itu juga disusuli dengan tembakan sejak keluar dari rumahnya pagi itu.
Selepas kami hamper putus harapan,Sarah menerima panggilan telefon daripada
individu tidak dikenali dan mengatakan jenazah walid telah di buang dari
kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat di Ramsis.
Dia berlari dicelah ratusan penyokong.Ditolaknya sesiapa sahaja yang cuba menghalang
laluannya itu.Air mata mengalir deras membasahi wajah mulus yang tersembunyi
di sebalik sutera hijab.
Pencarian lebih 48 jam itu akhirnya berhasil.Bungkusan tikar di tepi jalan berdekatan
Masjid Al-Fath dibuka perlahan.Dengan tergamam wajah mayat itu ditatap,
dibelek satu persatu.
Dan sah!!! Itulah walid, ayahnya.
Satu peluru menembusi lehernya dan satu lagi menembusi pipi hingga ke belakang telinga.
Hanyir mayat kini bagaikan harum kasturi buatnya.Dia bersyukur menemui jenazah walid
walaupun dalam keadaan menyayat hati dan pertemuan mayat rentung itu bagaikan
walidnya dalam keadaan hidup.
"Aku redha walid menemui syahid,moga Allah menempatkan walid dalam golongan syuhada!"

Al-Fatihah....

::Berdasarkan cerita dari Sarah Muhammad Ali Muhammad Ibrahim.
(anak mangsa)::
::Sekian sahaja kisah menyayat hati yang ana telah pun kongsikan pada semua...
saat ana membaca kisah ini .. hampir mengalirkan air mata ..
kerana kisah ini sangat menunjukn segalanya sanggup dilakukan ,demi kasih sayang dn cintanya mereka antara satu sama lain ..:))
 
#PrayForThem ..
Moga mereka sentiasa didalam pemeliharaan Allah ..
ameeennn !!!